CONTOH KARANGAN


TAJUK : SIKAP BERDIKARI

Assalammualaikum dan selamat pagi… Sikap berdikari itulah tajuk cerita saya pada pagi yang mulia ini…

Sudah sebulan lebih Pak  Seman tidak pergi bekerja.Kegawatan ekonomi menyebabkan kilang tempat Pak seman bekerja terpaksa ditutup.Kini,Pak Seman hanya duduk di rumah.Setiap pagi.

Pak Seman bangkit agak lewat.Kemudian keluar dari rumah dan pergi ke kedai kopi sambil minum dan bermain dam bersama kawan-kawannya.Pak Abu,Repin,Pak Kadir dan Usop merupakan kawan-kawan sepermainan Pak Seman.

Pada lewat petang barulah Pak Seman pulang ke rumah.Kadang-kadang tu..sampai lewat malam dia baru pulang.

Ina isteri Pak Seman sangat risau melihat keadaan suaminya itu.Tapi kawan-kawan dia tidak berani untuk menasihatinya.Bimbang kalau-kalau Pak Seman akan melenting pula.Sebenarnya Pak Seman masih yakin kilangnya akan beroperasi semula..

Kawan-kawan nak tahu….

Namun hari demi hari menunggu, dia tidak juga di panggil bekerja semula.Pak Seman mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Suraya. Suraya amat yakin kilang tempat ayahnya bekerja sudah bankrap..

Melihatkan ayahnya banyak membuang masa, Suraya dan ibunya semakin gelisah.. Mereka berdua beranak pun duduk lalu berbincang..

Pada suatu malam, selepas makan Suraya dan ibunya pergi mendapatkan Pak Seman yang sedang duduk di pelantar rumah seorang diri..

Suraya mencadangkan kepada ayahnya agar berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di tepi jalan.

Tambahan pula, di belakang rumah mereka terdapat banyak pokok pisang, pokok ubi kayu, pokok pisang dan pokok sukun.. Bolehlah ayahnya berniaga pisang goreng atau sukun goreng.

 Kawan-kawan nak tahu apa yang terjadi…??

Pada mulanya Pak Seman tidak bersetuju.. Namun, setelah dinasihati oleh isterinya Pak Seman pun bersetuju dengan cadangan mereka..

Pada keesokan harinya, Pak Seman bangkit awal lalu mencapai peralatan bertukang..

Alangkah terkejutnya Suraya dan ibunya kerana dalam masa lima hari gerai itu pun siap..

Cantik pulak tu kawan-kawan.. Tersenyum simpul Pak Seman apabila Suraya dan ibunya memuji gerai bekas tangannya yang cantik itu..

Ha kawan-kawan…

Apalagi keesokan harinya gerai Pak Seman pun mula beroperasi.. ramai pelanggan yang datang..

Pak Abu, Repin, Pak Kadir dan Usop terkejut melihat Pak Seman kini telah berniaga.. Mereka tidak sangka kini Pak Seman telah berubah dan pani


SI TANGGANG  ANAK  DERHAKA

            Kisah Si Tanggang Anak Derhaka.  Begitulah tajuk cerita saya pada pagi yang ceria ini.  

            Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang perempuan tua bersama anak lelakinya yang bernama Tanggang.  Tanggang seorang anak yang baik. Dia merupakan jantung hati ibunya.  Ayah Tanggang telah lama meninggal dunia. Hanya kepada ibulah satu-satu tempat Tanggang mengadu dan mencurah kasih sayang. Si ibu pula menjaga Tanggang seperti “menatang minyak yang penuh”.
Ha, kawan-kawan ! Setelah dewasa…

            Si Tanggang berkenankan anak gadis ketua kampungnya.  Dia ingin menjadikannya isteri.  Si ibu disuruh meminang gadis pujaannya itu. 
Kawan-kawan nak tahu apa yang terjadi?

            Pedih, hati Tanggang,..ibarat kaca terhempas ke batu….Pinangannya telah ditolak atas alasan,,     “enggang sama enggang, pipit sama pipit.” Ya, punah segala impiannya. Walau bagaimanapun, peristiwa pahit itu telah  membangkitkan semangat Tanggang untuk mengorak langkah ke perantauan, demi merubah nasib hidup.

Ya kawan-kawan, Si Tanggang bukan sekadar sangat kecewa, malah telah lahir semangat dalam dirinya untuk membela nasib dan ingin menjadi kaya.  
            Pada suatu malam, Si Tanggang menyampaikan hasratnya untuk pergi belayar.  Kebetulan pada masa itu, ada sebuah kapal yang sedang berlabuh di kampung mereka.
Ibunya tidak bersetuju dengan cadangan Tanggang.  Namun begitu, semasa ibunya sedang nyenyak tidur, Tanggang melarikan diri. 

            Apabila terjaga daripada tidur, alangkah terperanjatnya si ibu, melihat anak kesayangannya telah tiada di situ. Tanggang telah mencuri masuk ke dalam sebuah  kapal yang sedang berlabuh.di kampung mereka.  Dia merayu kepada nakhoda kapal supaya diterima bekerja di situ.  Nakhoda kapal bersetuju.  Namun ada seorang kelasi tidak senang hati dengan kehadiran Tanggang, tetapi Tanggang langsung tidak menghiraukannya.        

            Tanggang sangat rajin bekerja. Ini membuatkan dirinya disayangi oleh nakhoda kapal lalu menjadikan Tanggang sebagai anak angkat.  Setelah sekian lama belayar, mereka pun pulang ke kampung masing-masing.  Nakhoda telah membawa Tanggang pulang ke kampungnya.  Dia telah diperkenalkan kepada sultan.  Kebetulan, baginda sultan ketika itu mempunyai seorang puteri yang sangat cantik.  Keluhuran peribadi di samping kerajinan bekerja, telah menjadikan baginda berkenan dengan Si Tanggang dan menjodohkan puteri baginda dengan Tanggang.

Kawan-kawn nak tahu,

            Setelah berkahwin, Tanggang mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada isteri tercinta.  Kini, tiada lagi tempat untuk ibunya dalam hati Tanggang.  Apatah lagi Tanggang kini telah dilantik sebagai nakhoda kapal. Tuan puteri pula sentiasa mengikut Tanggang berlayar walau ke mana jua.
 
            Pada suatu hari kapal mereka telah berlabuh di kampung asal Si Tanggang.  Ketika itu datang seorang pemuda kampung untuk menjual hasil tanamannya.  Alangkah terperanjatnya apabila dilihatnya Tanggang yang telah sekian lama menghilang manjadi nakhoda kapal itu.  Dia sangat hairan melihat seorang puteri raja memanggil Tanggang dengan panggilan  kekanda. 

            Tanpa melengahkan masa lagi, dia bergegas pulang lalu menceritakan apa yang dilihatnya kepada penduduk kampung .  Berita itu tersebar luas dan telah didengari oleh ibu Tanggang.   Si ibu berasa sungguh gembira.  Dia segera pulang ke rumah untuk memasak makanan kegemaran si anak. 

 Tanpa mambuang masa, setelah makanan siap dimasak, si ibu mendayung sampan menuju ke kapal yang sedang berlabuh.  Dalam hati girang  tidak terkata kerana sudah kian lama merindui anak tercinta. 

Sampai saja di kapal itu, si ibu memohon kebenaran untuk bertemu dengan anaknya.   Kelasi kapal segera memberitahu nakhoda kapal..  Tanggang pun keluar melihat si ibu tua itu. Tersentak hati Si Tanggang apabila melihat perempuan yang datang itu, sebenarnya ibu kandungnya.  Namun, belum sempat Tanggang berkata apa-apa, isterinya menyuruh dia menghalau perempuan tua itu pergi dari situ. 

 Dengan perasaan hiba, si ibu merayu dan terus merayu.. 
Malangnya, si anak langsung tidak mengindahkan rayuan  si ibu tua itu.  Malah sebaliknya, tanpa berfikir panjang, demi cinta kepada si isteri,dengan angkuh dan sombong,  Tanggang, menghalau perempuan tua itu. 

Namun, perempuan tua itu tidak mahu berganjak dari kapal itu.  Tanggang mengarahkan kelasi-kelasi kapalmemukul dan  menolaknya hingga jatuh ke dalam laut.  Dengan terkapai-kapai, Si ibu tua itu mencari tempat berpaut. Nasib baik dia sempat berpegang  pada sampannya, lalu mendayung ke darat.  Sesampainya ia  di daratan, dia meratap dan berdoa , memohon kepada Illahi, supaya menghukum perbuatan anaknya yang derhaka itu.

Tiba-tiba alam semesta menjadi gelap gelita.  Guruh berdentuman, kilat sabung-menyabung.  Air laut berombak setinggi gunung. Taufan telah melanda, dengan sekelip mata. 

Dengan tidak semena-mena, seorang demi seorang anak-anak kapal telah bertukar menjadi batu, tidak terkecuali tuan puteri yang cantik jelita.  Melihat kejadiann itu, Tanggang baru menyesali kesilapan yang dilakukannya.  Dia menyeru nama ibunya untuk memohon keampunan  tetapi, sudah terlambat.  Balasan Tuhan tidak dapat ditangguhkan lagi.  Dengan kuasa Allah, Tanggang kaku menjadi batu sebagaimana yang lain juga.

Ya kawan-kawan, 
*Janganlah sesekali menderhakai kedua ibu bapa kelak buruk padahnya nanti.
* Berfikirlah dahulu sebelum membuat sebarang  tindakan, agar tidak menyesal di 
   kemudian hari.
* Ingatlah, “Syurga itu di bawah telapak  kaki ibu.”
* Sesal dahulu pandapatan, sesal kemudian tiada berguna
Sekian, terima kasih.

MALUNYA SANG GAJAH
Assalamualaikum dan selamat pagi.  “Malunya Sang Gajah”.  Itulah tajuk cerita saya pada pagi ini.

Di dalam sebuah hutan belantara, tinggal Raja Gajah bersama sekalian rakyatnya.  Banyaknya gajah tidak terhingga.  Ada ibu gajah, ada anak gajah, ada gajah jantan dan ada gajah betina.  Gajah tua dan gajah muda pun berkeliaran ke sana ke mari.  Walaupun banyak, kehidupan gajah-gajah itu aman dan damai.  Tidak berlaku sebarang pergeseran. Inilah yang menggembirakan hati dan perasaan, Sang Raja Gajah.

Kawan-kawan nak tahu !
Tidak jauh dari kawasan itu , ada pula beberapa buah bukit. Ha… di situlah tinggal Raja Semut dan rakyatnya yang berjumlah beribu-ribu kali ganda jika dibandingkan dengan bilangan rakyat gajah.  Berbagai-bagai jenis semut ada di situ.  Ada semut api, ada semut merah, semut hitam dan ada juga kiak-kiak.  Tidak kurang juga semut yang berbisa.  Kehidupan semut –semut itu aman dan tenteram juga seperti rakyat gajah.

Ha, kawan-kawan!
Walaupun berlainan jenis dan kecil pula saiz tubuh badan, semut-semut sentiasa bersatu mempertahankan tempat tinggal mereka.  Jika ada musuh datang menganggu, semut-semut rela berjuang bersama-sama, sekalipun tanpa arahan Raja Semut.

Langit tidak selalunya cerah.  Pada suatu hari, dalam perjalanan mencari rezeki, sekumpulan gajah telah tersesat.  Gajah-gajah itu telah terlanggar dan terpijak sarang-sarang semut.  Banyak semut telah mati… Hal ini demikian telah menimbulkan kemarahan Sang Raja Semut. 
Mulai dari hari itu, Raja Semut melarang rakyat gajah mencari makanan di situ lagi.  Tetapi, Raja Gajah engkar dan menyatakan bahawa rakyat gajah boleh mencari makanan di mana-mana sahaja tempat yang disukai.. Rakyat gajah tidak memperdulikan langsung larangan Raja Semut itu.  Sebaliknya, Rakyat gajah terus mencari makanan di situ.

Raja semut semakin marah lalu mengisytiharkan peperangan terhadap rakyat gajah.  Di sebuah tempat yang luas dan lapang, rakyat gajah dan rakyat semut pun terus menyerang.

Kawan-kawan,
Apa lagi, rakyat gajah bagaikan gila memusnahkan semut-semut yang ditemui.  Namun kawan-kawan, agak pelik juga!  Dalam keasyikan membinasakan musuh, tiba-tiba kedengaran suara rakyat gajah terpekik-pekik, terlolong-lolong.  Berlari-lari ke sana ke mari, tidak tentu arah.  Ada juga yang berlanggar sesama sendiri sehingga menyembah bumi.  Ada pula yang berguling-guling kerana tidak tahan kesakitan.  Tidak kurang juga yang cedera parah dan menemui ajal.

Raja Gajah mulai gelisah melihat rakyat gajah bagai bertarung sesama sendiri.
Ha, apa yang semut-semut itu lakukan?  Rupa-rupanya, tanpa diduga,rakyat semut telah bersatu tenaga, menyerang gjah-gajah dengan menggigit sambil mengeluarkan bisa.  Inilah yang membuatkan gajah-gajah menggelupur tersiksa.  Ya,… kecil-kecil cili padi.  Semua bahagian tubuh gajah-gajah itu digigit oleh semut.  Melihat hal demikian, Raja gajah segera mengangkat belalai memekik ke udara, berbunyi seperti “tetuang memecah kesunyian”.  Namun demikian, semut-semut terus menyerang.  Raja Gajah terpaksalah membunyikan semboyan tewas beberapa kali..  Mengaku kalah secara rasmi.

Maka, tamatlah peperangan itu dengan kemenangan berpihak kepada  rakyat semut.  .  Raja Semut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat semut yang telah bersatu padu dan bekerja keras menentang bala tentera gajah.

Dengan perasaan malu, Raja Gajah membawa rakyatnya pulang, sambil tunduk dan berhati-hati agar tidak terpijak sarang-sarang  semut lagi.  Begitulah Malunya Sang Gajah.

Oleh itu kawan-kawan :
~  Dalam kehidupan ini, kita janganlah suka bersikap sombong atau meninggi diri kelak diri  mendapat rugi.
~  Hidup mestilah bekerjasama seperti kata pepatah “ Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing”
~   Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

Sekian, terima kasih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan