KERJA SEKOLAH


Soalan Perbincangan

Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah.
“Walaupun telah lama berlalu, namun  demikian kejadian itu tetap dalam  ingatanku hingga ke hari ini”


Arahan : Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan.

·         terhumban 
·         kejadian
·         insaf
·         menghulurkan
·         mengimbas
·         cemas
·         pertolongan
·         menahan kesakitan
·         kokurikulum
·         mengajak


            Aku   ______________   kembali kejadian yang berlaku tahun lepas. Ketika itu aku dan rakan-rakanku gemar berbasikal bersama-sama, Kami juga suka menunggang basikal dengan laju sambil bersaing-saing.            Petang itu seperti biasa kami berbasikal ketika pulang dari sekolah selepas mengikuti aktiviti  ________________  . Sanusi telah  _______________  kami berlumba hingga ke hujung simpang. Tanpa berlengah kami pun menyahut cabarannya.            Sedang asyik berlumba, malang tidak berbau Sanusi tidak dapat mengawal basikalnya lalu  ______________  ke dalam sebuah longkang besar. Badannya berlumuran dengan darah. Basikalnya remuk kerana terlanggar tembok longkang.            Kami berasa amat  ________  dan panik melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu, Namun apabila melihat Sanusi meraung kesakitan, kami segera  ______________    bantuan. Kami memapahnya keluar dari longkang lalu membaringkannya di atas rumput.            Aku segera mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap darah pada bahagian kepala dan kaki Sanusi. Sanusi berkerut __________________ . Sementara itu, nasib kami baik apabila ada seorang pemuda memberhentikan kereta lalu memberikan _______________  . Sanusi segera dikejarkan ke hospital.            Akibat kecederaan yang agak parah, Sanusi telah diberikan sepuluh jahitan pada lukanya. Kakinya pula bersalut dengan simen kerana tulangnya patah. Kami benar-benar  ________  melihat tragedi yang menimpa Sanusi. Walaupun telah lama berlalu, namun demikian  __________ itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini. 


Arahan : Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan.

  • memanfaatkan
  • badan
  • menambahkan
  • sikap
  • memudahkan
  • rawatan
  • memimpin
  • peluh
  • bilik darjah
  • dewasa
  • sosial
  • menyertai


            Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti di luar ________________. Kegiatan ini terbahagi kepada persatuan unit beruniform dan permainan. Murid-murid diwajibkan  _____________ aktiviti ini kerana mendatangkan banyak faedah, tambahan pula selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan.            Menerusi aktiviti, kita dapat ________________ pengetahuan. Contohnya, apabila kita menyertai unit beruniform PBSM, kita dapat mempelajari kaedah ____________ kecemasan. Pengetahuan ini amat berguna ketika membantu orang yang mengalami kemalangan.                        Selain itu, apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum, tubuh ________ kita akan menjadi sihat kerana melakukan aktiviti fizikal. Contohnya apabila kita mengikuti aktiviti permainan, maka tubuh kita akan mengeluarkan  ________. Tubuh yang sihat akan _________________ kita memberi tumpuan dalam pelajaran.            Seterusnya, kita juga dapat ___________ masa lapang dengan baik. Kita tidak akan terlibat dengan gejala ____________, misalnya ponteng sekolah. Sebaliknya kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah menerusi aktiviti.            Akhir sekali, menerusi aktiviti ini kita dapat memupuk __________ kepimpinan pada diri kita. Misalnya apabila kita dipilih sebagai pengerusi persatuan, maka kita dapat belajar cara-cara __________ ahli persatuan. Penaglaman ini dapat digunakan apabila _________ kelak.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan