TAJUK : SIKAP BERDIKARI
Assalammualaikum dan selamat pagi… Sikap berdikari itulah
tajuk cerita saya pada pagi yang mulia ini…
Sudah sebulan lebih Pak
Seman tidak pergi bekerja.Kegawatan ekonomi menyebabkan kilang tempat
Pak seman bekerja terpaksa ditutup.Kini,Pak Seman hanya duduk di rumah.Setiap
pagi.
Pak Seman bangkit agak lewat.Kemudian keluar dari rumah dan
pergi ke kedai kopi sambil minum dan bermain dam bersama kawan-kawannya.Pak
Abu,Repin,Pak Kadir dan Usop merupakan kawan-kawan sepermainan Pak Seman.
Pada lewat petang barulah Pak Seman pulang ke
rumah.Kadang-kadang tu..sampai lewat malam dia baru pulang.
Ina isteri Pak Seman sangat risau melihat keadaan suaminya
itu.Tapi kawan-kawan dia tidak berani untuk menasihatinya.Bimbang kalau-kalau Pak
Seman akan melenting pula.Sebenarnya Pak Seman masih yakin kilangnya akan
beroperasi semula..
Kawan-kawan nak tahu….
Namun hari demi hari menunggu, dia tidak juga di panggil
bekerja semula.Pak Seman mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Suraya.
Suraya amat yakin kilang tempat ayahnya bekerja sudah bankrap..
Melihatkan ayahnya banyak membuang masa, Suraya dan ibunya
semakin gelisah.. Mereka berdua beranak pun duduk lalu berbincang..
Pada suatu malam, selepas makan Suraya dan ibunya pergi mendapatkan
Pak Seman yang sedang duduk di pelantar rumah seorang diri..
Suraya mencadangkan kepada ayahnya agar berniaga secara
kecil-kecilan dengan membuka gerai di tepi jalan.
Tambahan pula, di belakang rumah mereka terdapat banyak
pokok pisang, pokok ubi kayu, pokok pisang dan pokok sukun.. Bolehlah ayahnya
berniaga pisang goreng atau sukun goreng.
Pada mulanya Pak Seman tidak bersetuju.. Namun, setelah
dinasihati oleh isterinya Pak Seman pun bersetuju dengan cadangan mereka..
Pada keesokan harinya, Pak Seman bangkit awal lalu mencapai
peralatan bertukang..
Alangkah terkejutnya Suraya dan ibunya kerana dalam masa
lima hari gerai itu pun siap..
Cantik pulak tu kawan-kawan.. Tersenyum simpul Pak Seman
apabila Suraya dan ibunya memuji gerai bekas tangannya yang cantik itu..
Ha kawan-kawan…
Apalagi keesokan harinya gerai Pak Seman pun mula
beroperasi.. ramai pelanggan yang datang..
Pak Abu, Repin, Pak Kadir dan Usop terkejut melihat Pak
Seman kini telah berniaga.. Mereka tidak sangka kini Pak Seman telah berubah
dan pani
SI TANGGANG ANAK
DERHAKA
Kisah
Si Tanggang Anak Derhaka. Begitulah
tajuk cerita saya pada pagi yang ceria ini.
Di
dalam sebuah kampung, tinggal seorang perempuan tua bersama anak lelakinya yang
bernama Tanggang. Tanggang seorang anak
yang baik. Dia merupakan jantung hati ibunya.
Ayah Tanggang telah lama meninggal dunia. Hanya kepada ibulah satu-satu
tempat Tanggang mengadu dan mencurah kasih sayang. Si ibu pula menjaga Tanggang
seperti “menatang minyak yang penuh”.
Ha, kawan-kawan ! Setelah dewasa…
Si
Tanggang berkenankan anak gadis ketua kampungnya. Dia ingin menjadikannya isteri. Si ibu disuruh meminang gadis pujaannya
itu.
Kawan-kawan nak tahu apa yang
terjadi?
Pedih,
hati Tanggang,..ibarat kaca terhempas ke batu….Pinangannya telah ditolak atas alasan,, “enggang sama enggang, pipit sama pipit.” Ya,
punah segala impiannya. Walau bagaimanapun, peristiwa pahit itu telah membangkitkan semangat Tanggang untuk mengorak
langkah ke perantauan, demi merubah nasib hidup.
Ya kawan-kawan, Si
Tanggang bukan sekadar sangat kecewa, malah telah lahir semangat dalam dirinya
untuk membela nasib dan ingin menjadi kaya.
Pada
suatu malam, Si Tanggang menyampaikan hasratnya untuk pergi belayar. Kebetulan pada masa itu, ada sebuah kapal
yang sedang berlabuh di kampung mereka.
Ibunya tidak bersetuju dengan
cadangan Tanggang. Namun begitu, semasa
ibunya sedang nyenyak tidur, Tanggang melarikan diri.
Apabila
terjaga daripada tidur, alangkah terperanjatnya si ibu, melihat anak
kesayangannya telah tiada di situ. Tanggang telah mencuri masuk ke dalam sebuah
kapal yang sedang berlabuh.di kampung
mereka. Dia merayu kepada nakhoda kapal
supaya diterima bekerja di situ. Nakhoda
kapal bersetuju. Namun ada seorang
kelasi tidak senang hati dengan kehadiran Tanggang, tetapi Tanggang langsung
tidak menghiraukannya.
Tanggang
sangat rajin bekerja. Ini membuatkan dirinya disayangi oleh nakhoda kapal lalu
menjadikan Tanggang sebagai anak angkat.
Setelah sekian lama belayar, mereka pun pulang ke kampung masing-masing. Nakhoda telah membawa Tanggang pulang ke
kampungnya. Dia telah diperkenalkan
kepada sultan. Kebetulan, baginda sultan
ketika itu mempunyai seorang puteri yang sangat cantik. Keluhuran peribadi di samping kerajinan
bekerja, telah menjadikan baginda berkenan dengan Si Tanggang dan menjodohkan
puteri baginda dengan Tanggang.
Kawan-kawn nak tahu,
Setelah
berkahwin, Tanggang mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada isteri
tercinta. Kini, tiada lagi tempat untuk
ibunya dalam hati Tanggang. Apatah lagi
Tanggang kini telah dilantik sebagai nakhoda kapal. Tuan puteri pula sentiasa
mengikut Tanggang berlayar walau ke mana jua.
Pada
suatu hari kapal mereka telah berlabuh di kampung asal Si Tanggang. Ketika itu datang seorang pemuda kampung
untuk menjual hasil tanamannya. Alangkah
terperanjatnya apabila dilihatnya Tanggang yang telah sekian lama menghilang
manjadi nakhoda kapal itu. Dia sangat
hairan melihat seorang puteri raja memanggil Tanggang dengan panggilan kekanda.
Tanpa
melengahkan masa lagi, dia bergegas pulang lalu menceritakan apa yang
dilihatnya kepada penduduk kampung .
Berita itu tersebar luas dan telah didengari oleh ibu Tanggang. Si ibu berasa sungguh gembira. Dia segera pulang ke rumah untuk memasak
makanan kegemaran si anak.
Tanpa mambuang masa, setelah makanan siap
dimasak, si ibu mendayung sampan menuju ke kapal yang sedang berlabuh. Dalam hati girang tidak terkata kerana sudah kian lama merindui
anak tercinta.
Sampai saja di
kapal itu, si ibu memohon kebenaran untuk bertemu dengan anaknya. Kelasi kapal segera memberitahu nakhoda
kapal.. Tanggang pun keluar melihat si
ibu tua itu. Tersentak hati Si Tanggang apabila melihat perempuan yang datang
itu, sebenarnya ibu kandungnya. Namun, belum
sempat Tanggang berkata apa-apa, isterinya menyuruh dia menghalau perempuan tua
itu pergi dari situ.
Dengan perasaan hiba, si ibu merayu dan terus
merayu..
Malangnya, si anak
langsung tidak mengindahkan rayuan si
ibu tua itu. Malah sebaliknya, tanpa berfikir
panjang, demi cinta kepada si isteri,dengan angkuh dan sombong, Tanggang, menghalau perempuan tua itu.
Namun, perempuan
tua itu tidak mahu berganjak dari kapal itu.
Tanggang mengarahkan kelasi-kelasi kapalmemukul dan menolaknya hingga jatuh ke dalam laut. Dengan terkapai-kapai, Si ibu tua itu mencari
tempat berpaut. Nasib baik dia sempat berpegang pada sampannya, lalu mendayung ke darat. Sesampainya ia di daratan, dia meratap dan berdoa , memohon
kepada Illahi, supaya menghukum perbuatan anaknya yang derhaka itu.
Tiba-tiba alam
semesta menjadi gelap gelita. Guruh
berdentuman, kilat sabung-menyabung. Air
laut berombak setinggi gunung. Taufan telah melanda, dengan sekelip mata.
Dengan tidak
semena-mena, seorang demi seorang anak-anak kapal telah bertukar menjadi batu,
tidak terkecuali tuan puteri yang cantik jelita. Melihat kejadiann itu, Tanggang baru
menyesali kesilapan yang dilakukannya. Dia
menyeru nama ibunya untuk memohon keampunan
tetapi, sudah terlambat. Balasan
Tuhan tidak dapat ditangguhkan lagi. Dengan
kuasa Allah, Tanggang kaku menjadi batu sebagaimana yang lain juga.
Ya kawan-kawan,
*Janganlah sesekali menderhakai
kedua ibu bapa kelak buruk padahnya nanti.
* Berfikirlah dahulu sebelum
membuat sebarang tindakan, agar tidak
menyesal di
kemudian hari.
* Ingatlah, “Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.”
* Sesal dahulu pandapatan, sesal
kemudian tiada berguna
Sekian, terima
kasih.
MALUNYA SANG GAJAH
Assalamualaikum dan selamat
pagi. “Malunya Sang Gajah”. Itulah tajuk cerita saya pada pagi ini.
Di dalam sebuah hutan belantara,
tinggal Raja Gajah bersama sekalian rakyatnya.
Banyaknya gajah tidak terhingga.
Ada ibu gajah, ada anak gajah, ada gajah jantan dan ada gajah
betina. Gajah tua dan gajah muda pun
berkeliaran ke sana ke mari. Walaupun
banyak, kehidupan gajah-gajah itu aman dan damai. Tidak berlaku sebarang pergeseran. Inilah
yang menggembirakan hati dan perasaan, Sang Raja Gajah.
Kawan-kawan nak tahu !
Tidak jauh dari kawasan itu , ada
pula beberapa buah bukit. Ha… di situlah tinggal Raja Semut dan rakyatnya yang
berjumlah beribu-ribu kali ganda jika dibandingkan dengan bilangan rakyat
gajah. Berbagai-bagai jenis semut ada di
situ. Ada semut api, ada semut merah, semut
hitam dan ada juga kiak-kiak. Tidak
kurang juga semut yang berbisa.
Kehidupan semut –semut itu aman dan tenteram juga seperti rakyat gajah.
Ha, kawan-kawan!
Walaupun berlainan jenis dan kecil
pula saiz tubuh badan, semut-semut sentiasa bersatu mempertahankan tempat
tinggal mereka. Jika ada musuh datang
menganggu, semut-semut rela berjuang bersama-sama, sekalipun tanpa arahan Raja
Semut.
Langit tidak selalunya cerah. Pada suatu hari, dalam perjalanan mencari
rezeki, sekumpulan gajah telah tersesat.
Gajah-gajah itu telah terlanggar dan terpijak sarang-sarang semut. Banyak semut telah mati… Hal ini demikian
telah menimbulkan kemarahan Sang Raja Semut.
Mulai dari hari itu, Raja Semut
melarang rakyat gajah mencari makanan di situ lagi. Tetapi, Raja Gajah engkar dan menyatakan
bahawa rakyat gajah boleh mencari makanan di mana-mana sahaja tempat yang
disukai.. Rakyat gajah tidak memperdulikan langsung larangan Raja Semut
itu. Sebaliknya, Rakyat gajah terus
mencari makanan di situ.
Raja semut semakin marah lalu
mengisytiharkan peperangan terhadap rakyat gajah. Di sebuah tempat yang luas dan lapang, rakyat
gajah dan rakyat semut pun terus menyerang.
Kawan-kawan,
Apa lagi, rakyat gajah bagaikan
gila memusnahkan semut-semut yang ditemui.
Namun kawan-kawan, agak pelik juga!
Dalam keasyikan membinasakan musuh, tiba-tiba kedengaran suara rakyat
gajah terpekik-pekik, terlolong-lolong.
Berlari-lari ke sana ke mari, tidak tentu arah. Ada juga yang berlanggar sesama sendiri
sehingga menyembah bumi. Ada pula yang
berguling-guling kerana tidak tahan kesakitan.
Tidak kurang juga yang cedera parah dan menemui ajal.
Raja Gajah mulai gelisah melihat
rakyat gajah bagai bertarung sesama sendiri.
Ha, apa yang semut-semut itu
lakukan? Rupa-rupanya, tanpa
diduga,rakyat semut telah bersatu tenaga, menyerang gjah-gajah dengan menggigit
sambil mengeluarkan bisa. Inilah yang
membuatkan gajah-gajah menggelupur tersiksa.
Ya,… kecil-kecil cili padi. Semua
bahagian tubuh gajah-gajah itu digigit oleh semut. Melihat hal demikian, Raja gajah segera
mengangkat belalai memekik ke udara, berbunyi seperti “tetuang memecah
kesunyian”. Namun demikian, semut-semut
terus menyerang. Raja Gajah terpaksalah
membunyikan semboyan tewas beberapa kali..
Mengaku kalah secara rasmi.
Maka, tamatlah peperangan itu
dengan kemenangan berpihak kepada rakyat
semut. .
Raja Semut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat semut yang
telah bersatu padu dan bekerja keras menentang bala tentera gajah.
Dengan perasaan malu, Raja Gajah
membawa rakyatnya pulang, sambil tunduk dan berhati-hati agar tidak terpijak
sarang-sarang semut lagi. Begitulah Malunya Sang Gajah.
Oleh itu kawan-kawan :
~
Dalam kehidupan ini, kita janganlah suka bersikap sombong atau meninggi
diri kelak diri mendapat rugi.
~
Hidup mestilah bekerjasama seperti kata pepatah “ Yang Berat Sama
Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing”
~
Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan