Soalan Perbincangan
Akhiri
karangan kamu dengan ayat di bawah.
“Walaupun
telah lama berlalu, namun demikian
kejadian itu tetap dalam ingatanku
hingga ke hari ini”
Arahan : Isi tempat kosong dengan pilihan
jawapan yang disediakan.
· kejadian
· insaf
· menghulurkan
· mengimbas
· cemas
· pertolongan
· menahan kesakitan
· kokurikulum
· mengajak
Aku ______________ kembali kejadian yang berlaku tahun lepas. Ketika itu aku dan rakan-rakanku gemar berbasikal bersama-sama, Kami juga suka menunggang basikal dengan laju sambil bersaing-saing. Petang itu seperti biasa kami berbasikal ketika pulang dari sekolah selepas mengikuti aktiviti ________________ . Sanusi telah _______________ kami berlumba hingga ke hujung simpang. Tanpa berlengah kami pun menyahut cabarannya. Sedang asyik berlumba, malang tidak berbau Sanusi tidak dapat mengawal basikalnya lalu ______________ ke dalam sebuah longkang besar. Badannya berlumuran dengan darah. Basikalnya remuk kerana terlanggar tembok longkang. Kami berasa amat ________ dan panik melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu, Namun apabila melihat Sanusi meraung kesakitan, kami segera ______________ bantuan. Kami memapahnya keluar dari longkang lalu membaringkannya di atas rumput. Aku segera mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap darah pada bahagian kepala dan kaki Sanusi. Sanusi berkerut __________________ . Sementara itu, nasib kami baik apabila ada seorang pemuda memberhentikan kereta lalu memberikan _______________ . Sanusi segera dikejarkan ke hospital. Akibat kecederaan yang agak parah, Sanusi telah diberikan sepuluh jahitan pada lukanya. Kakinya pula bersalut dengan simen kerana tulangnya patah. Kami benar-benar ________ melihat tragedi yang menimpa Sanusi. Walaupun telah lama berlalu, namun demikian __________ itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.
- memanfaatkan
- badan
- menambahkan
- sikap
- memudahkan
- rawatan
- memimpin
- peluh
- bilik darjah
- dewasa
- sosial
- menyertai
Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti di luar ________________. Kegiatan ini terbahagi kepada persatuan unit beruniform dan permainan. Murid-murid diwajibkan _____________ aktiviti ini kerana mendatangkan banyak faedah, tambahan pula selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan. Menerusi aktiviti, kita dapat ________________ pengetahuan. Contohnya, apabila kita menyertai unit beruniform PBSM, kita dapat mempelajari kaedah ____________ kecemasan. Pengetahuan ini amat berguna ketika membantu orang yang mengalami kemalangan. Selain itu, apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum, tubuh ________ kita akan menjadi sihat kerana melakukan aktiviti fizikal. Contohnya apabila kita mengikuti aktiviti permainan, maka tubuh kita akan mengeluarkan ________. Tubuh yang sihat akan _________________ kita memberi tumpuan dalam pelajaran. Seterusnya, kita juga dapat ___________ masa lapang dengan baik. Kita tidak akan terlibat dengan gejala ____________, misalnya ponteng sekolah. Sebaliknya kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah menerusi aktiviti. Akhir sekali, menerusi aktiviti ini kita dapat memupuk __________ kepimpinan pada diri kita. Misalnya apabila kita dipilih sebagai pengerusi persatuan, maka kita dapat belajar cara-cara __________ ahli persatuan. Penaglaman ini dapat digunakan apabila _________ kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan